script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Menteri Besar Pahang Menggesa Rakyat Bantu Majukan Negeri Ini


LIPIS: Kehadiran Ramadan tahun ini pasti disambut dalam suasana berbeza oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kini memegang jawatan Menteri Besar.

Selepas dilantik ke jawatan itu Selasa lalu, beliau kembali ke Tanjong Gahai di sini untuk berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih bersama kira-kira 200 ahli kariah di masjid di kampung berkenaan baru-baru ini.

Tanjong Gahai yang terletak di pesisir Sungai Jelai merupakan tempat kelahiran beliau.

Wan Rosdy berkata, beliau kembali ke Kampung Tanjong Gahai untuk menghadiri program berbuka puasa dan solat tarawih di samping dapat berjumpa dengan sanak saudaranya serta penduduk di situ.

“Setelah mengangkat sumpah untuk jawatan ini dan bertemu dengan pegawai di peringkat kerajaan negeri di Kuantan, saya kembali ke sini untuk berjumpa sanak saudara dan rakan ahli kariah yang banyak memberi sokongan serta dorongan.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bertemu dengan pengurusan masjid dan jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung serta ahli kariah di kampung lain di kawasan Jelai sepanjang Ramadan ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Kadi Daerah, Abu Bakar Ismail.

Wan Rosdy berharap penduduk negeri ini termasuk di DUN Jelai membantunya untuk menjana pembangunan negeri.

“Pada peringkat awal ini, saya akan memfokuskan terhadap usaha menambah baik perkara berkaitan sistem perkhidmatan dan penyampaian bagi keselesaan penduduk.

“Organisasi peringkat masjid dan kampung tidak perlu segan dan takut malahan perlu berhubung dengan saya bagi menyelesaikan sesuatu perkara selari dengan tanggungjawab sebagai Menteri Besar,” katanya. #sumber



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.