script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nik Nazmi 'Gesa', Kerajaan Tutup Biro Tata Negara (BTN) Sekarang !


PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengambil langkah segera menutup Biro Tata Negara (BTN) yang dikritik hebat, kata Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi menyifatkan biro itu hari ini sebagai “sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara” dan masih beroperasi dalam “kerangka Perang Dingin” sedangkan dunia sudah berubah.

“Masanya telah tiba untuk menutup BTN,” kata beliau hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu sendiri mendapati aktiviti BTN padat dengan rasisme dan politik.
Sebagai pelajar, beliau pernah mengikuti kem BTN dan melihat bagaimana peserta berbangsa Melayu diapi-apikan supaya membenci rakyat berketurunan dan beragama lain. 

Selain itu, parti pembangkang juga diserang dan parti kerajaan diagung-agungkan.

“Ada terlampau banyak laporan tentang retorik sedemikian digunakan dalam acara BTN untuk menganggap ia merupakan kejadian terpencil,” katanya.

Beliau tidak percaya nada kandungan program BN sudah berubah. Pada 2015, BTN berdepan kontroversi selepas didedahkan kepada umum tentang slaid yang digunakan oleh biro itu dalam programnya yang antara lain mendakwa muzik indie ancaman kepada negara.
Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad sebelum ini memaklumkan penutupan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dikritik sebagai unit propaganda UMNO. 

Majlis Profesor Negara juga ditutup.
Dua minggu lepas, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan akan mengkaji sama ada BTN dan badan kerajaan lain yang digunakan untuk tujuan politik boleh diubah suai sebelum keputusan penutupan dibuat.

Nik Nazmi berkata terdapat cara lain lebih baik dan berkesan untuk memupuk patriotisme, termasuk dalam kalangan generasi muda.

“Kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya lepas lebih berjaya menjadikan orang muda lebih berkeyakinan dan optimis tentang masa depan, selain sedia berkhidmat kepada negara berbanding apa yang pernah dibuat oleh BTN,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.