script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jabatan Perhutanan Pahang: Isu Pembalakan Bukan Punca Kolam Tadahan Air Tercemar


KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang hari ini menolak dakwaan aktiviti pembalakan sebagai punca pencemaran kolam tadahan air di Bukit Segantang di Sungai Lembing di sini.

Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata aktiviti pembalakan masih belum dilakukan di kawasan berhampiran kolam tadahan air itu yang didakwa menjadi sumber bekalan air kepada kira-kira 100 penduduk di Kampung Kuala Kenau, di sini.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan itu yang merupakan tanah kerajaan dan berstatus bukan hutan dara melibatkan kawasan seluas 25 hektar yang dibahagikan kepada dua blok.

"Peratus status kerja semasa ialah 15 peratus dan melibatkan blok A sahaja. Kawasan tadahan air yang dimaksudkan berada di blok B dan setakat ini masih belum diusahakan."

"Pihak kami juga telah menjalankan pemeriksaan di lapangan pada 5 petang semalam dan mendapati kolam tadahan tersebut masih jernih, tidak langsung keruh dan masih digunakan sebahagian penduduk kampung," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini berhubung dakwaan penduduk Kampung Kuala Kenau bahawa kolam tadahan air yang dianggarkan berusia 100 tahun tercemar sejak 20 Mei lalu ekoran aktiviti pembalakan yang dilaksanakan syarikat Sintanmas Timber. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.