script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Pesuruhjaya 'SPRM' Dakwa Dia Pernah Terima Ugutan Bunuh !


PUTRAJAYA: Menerima tekanan yang cukup kuat ketika menyiasat anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International membuatkannya mencari perlindungan di Amerika Syarikat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika mengimbau apa yang berlaku sebelum ini, turut mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh.


Mohd Shukri berkata, menyedari perkara tersebut beliau mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat selepas menerima tekanan cukup kuat daripada pihak pemerintahan ketika itu.

“Kita hadapi tekanan cukup hebat, saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bercuti awal, bersara awal atau saya dipindahkan ke bahagian latihan.

“Sebab pengalaman saya dari Kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini saya takut nak balik ke sini. Semasa saya ke Washington ada pegawai ikut saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM, hari ini.

Mohd Shukri berkata, beliau cukup kesal apabila dituduh sebagai pengkhianat negara kerana cuba menjatuhkan kerajaan BN.

“Saya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim dituduh cuba jatuhkan kerajaan ketika itu.

“Saya rasa sedih, saya dan Tan Sri Abu Kassim dituduh sebagai pembelot untuk menjatuhkan kerajaan, kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang (1MDB) dari luar negara,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.