script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kadar Rasmi Hutang Negara, Najib Ucapkan Terima Kasih Kepada Lim Guan Eng




KUALA LUMPUR: Kadar rasmi hutang Kerajaan Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti diumumkan Kementerian Kewangan semalam disifatkan bertepatan perangkaan sebelum ini.
Hutang negara berkadar 50.8 peratus berbanding KDNK atau RM686.8 bilion itu sekali gus menolak dakwaan bahawa paras berkenaan mencapai 65 peratus atau RM1 trilion.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kadar semasa hutang negara jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan awal Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu 103.4 peratus.
"Kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) mematuhi garis panduan laporan antarabangsa mengenai hutang awam seperti digariskan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Justeru, perangkaan 50.8 peratus itu ialah pengukuran yang diterima secara universal.
"Oleh itu, saya gembira dengan tindakan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) yang akhirnya berterus terang mengenai hutang rasmi Kerajaan Persekutuan berkadar 50.8 peratus, bukan 65 peratus atau RM1 trilion seperti didakwa sebelum ini," katanya menerusi entri di blog rasminya, NajibRazak.com, hari ini.
Beliau berkata, kewajipan lain seperti pelbagai jaminan tidak pernah dijadikan pengukuran rasmi dalam menentukan hutang kerajaan, malah dasar itu dilaksana ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, pemberian jaminan sedemikian yang lazimnya jangka panjang dan disokong aset dengan kemampuan untuk menjana pendapatan, bertujuan untuk membantu segelintir entiti mengurangkan pembiayaan kos mereka.
"Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan cagaran Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) pula ialah perbelanjaan operasi, bukan hutang, selain amat diperlukan untuk kemudahan sosial seperti sekolah, balai polis, hospital serta universiti.
"Kerajaan terdahulu pimpinan BN sentiasa telus dan tidak pernah menyembunyikan semua perangkaan yang didedahkan Guan Eng, malah ia diterbitkan dalam laporan Jabatan Perbendaharaan, Bank Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara dan Ketua Audit tanpa culas.
"Penganalisis pasaran, pakar ekonomi dan pelabur turut maklum dengan perangkaan ini, yang diperakui masih terkawal serta berupaya diuruskan seperti disahkan sendiri oleh Guan Eng.
"Oleh itu, kita tidak menyembunyikan hutang RM300 bilion atau memalsukan sebarang perangkaan seperti yang didakwa," katanya.
Meskipun kebenaran mengenai kedudukan hutang negara kini diperincikan, Najib berkata, ia menyebabkan pasaran pertukaran saham merudum teruk minggu ini, mencakupi pola negatif untuk 14 hari berturut-turut dalam aliran modal asing.
Pertikaian itu, katanya, turut menyaksikan pelabur dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah (Diperbadankan), Khazanah Nasional dan Tabung Haji mengalami kerugian.
"Saya harap dan berdoa menteri kerajaan Pakatan Harapan akan lebih berhati-hati dalam mengemukakan sebarang dakwaan pada masa depan," katanya. #sumber





Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.