script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Abdullah Mahukan ADUN Yang Di Pilih Oleh Rakyat Pegang Amanah


BENTONG:  Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Adun baharu yang dipilih rakyat pada PRU 14 menjalankan tugas dengan baik.

Tengku Abdullah turut menyifatkan tugas berkenaan adalah amanah besar daripada rakyat keseluruhannya.

Baginda bertitah pemimpin yang dilantik tanpa mengira parti  yang diwakili perlu mempunyai  tanggungjawab menyatupadukan masyarakat bagi mewujudkan rakyat yang sejahtera.

“Wakil rakyat terpilih menerima amanah yang besar dan perlu membantu menyelesaikan masalah t terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan ibu tunggal.

“Semua wakil rakyat diseluruh negeri Pahang perlu memainkan peranan mereka manakala seluruh anggota masyarakat harus memberikan kerjasama dalam memakmurkan negeri Pahang ini,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan di Masjid Janda Baik, kelmarin.

Baginda diiringi, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Adun Ketari Young Syefura Othman serta Adun Sabai, D R Kamache

Dalam pada itu, banginda bertitah, masyarakat perlu mengelakkan permusuhan yang hanya menimbulkan pertelingkahan dan perpecahan.

“Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah mampu membentuk jati diri seorang muslim melalui pembentukan sifat sifat mulia yang akan menyubang kepada masyarakat yang maju.

Pada majlis sama, Tengku Abdullah berharap belia di Janda Baik mengingati asal usul kampung mereka untuk diceritakan kepada pelancong.

“Saya harap pemilik resort dan chalet di Janda Baik terus memberi kerjasama kepada pentadbiran daerah khususnya kepada Pegawai Daerah Bentong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)untuk mematuhi peraturan yang telah digariskan demi mengkekalkan janda baik sebagai destinasi pelancongan,”katanya.

Majlis dihadiri kira-kira 500 penduduk dan Tengku Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.