script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hina Nabi: Lelaki Mualaf Di Jel Tujuh Bulan & Denda RM10,000


KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki mualaf yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di media sosial membawa padah apabila dia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. 

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, selepas tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 5 Mac lalu. Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama dua bulan.

Dalam penghakimannya sebelum hukuman dijatuhkan, Hasbullah berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh serius kerana menghina agama Islam yang merupakan agama Persekutuan termasuk perbuatan tertuduh itu mencabar undang-undang tertinggi dalam negara. 

Mengikut pertuduhan, Mohamad Yazid didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, yang seterus­nya dibaca oleh pengguna Facebook lain, Mohd. Syafiq pada 1 Mac lalu.

Kesalahan itu dilakukan pada 8.21 malam, di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Taman Melati  di sini pada 24 Februari lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pukul 8.30 malam pada 3 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan jika sabit kesalahan.   #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.