script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Abu Bakar: Hina PM, Polis Di Minta Siasat FB Jufazli Shi Ahmad


SHAH ALAM - Pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemilik akaun Facebook, Jufazli Shi Ahmad yang didakwa biadap serta menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya yang menyifatkan penghinaan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial tersebut menerusi video berdurasi 41.03 minit yang dimuat naik semalam itu adalah keterlaluan apatah lagi melibatkan penggunaan kata-kata kesat. 

"Bagi saya tindakan dia (Jufazli Shi Ahmad) ini bukan contoh yang baik untuk rakyat. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi menghina pemimpin dengan kata-kata sedemikian adalah tidak kena budaya, adat serta peribadi kita sebagai seorang muslim. 

"Demokrasi ada itu memberi kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bersuara, tetapi jangan salahgunakan kebebasan itu untuk memfitnah, memaki-hamun atau mencaci seseorang dengan kata-kata yang jelek," katanya di di sini hari ini.  

Pada masa sama, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri itu berharap agar pihak berwajib termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau sebarang penyebaran media sosial yang menghina serta memfitnah apa sahaja berkaitan kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu serta perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Pemantauan itu katanya termasuklah terhadap sebarang unsur-unsur provokasi yang boleh mengundang ketegangan serta menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. 

"Sepatutnya media sosial digunakan dengan berhemah serta bermanfaat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, bukannya memecahbelahkan di antara satu sama lain," ujarnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.