script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pembersihan Sg Kim Kim Sejauh 1.5 km Sudah Selesai Hari Ini


JOHOR BAHRU: Proses pembersihan sepanjang 1.5km Sungai Kim Kim yang dimulakan sejak Rabu lepas, ekoran pembuangan sisa kimia, sudah selesai hari ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan hari ini bagi meneliti sebarang langkah yang boleh dilakukan.

“Sungai Kim Kim sejauh 1.5km yang tercemar sudah dibersihkan tetapi hari ini, kita mahu tengok apa-apa lagi yang kita boleh ‘touch up’.

“Hari ini, kita boleh kata ia adalah hari pemantauan. Selepas pantau, barulah kita boleh tengok apa langkah seterusnya yang boleh dibuat,” katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana yang dibuka di Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Yeo berkata, seramai 30 pasukan melibatkan anggota JAS dan Jabatan Kimia digerakkan ke 30 sekolah di sekitar kawasan terjejas, hari ini, bagi memantau kualiti udara dengan menggunakan alat pengesan gas.

Beliau berkata semua 30 sekolah itu jaraknya 3 hingga 9km dari Sungai Kim Kim. “Sebelum ini kita sudah buat (memantau kualiti udara) di tempat berbeza-beza… dan didapati kualiti adalah tahap selamat.

“Tetapi, liputan kita hari ini akan menjadi besar kerana pembersihan sungai sudah pun siap,” katanya dengan menambah hasil laporan penuh kualiti udara tersebut akan didedahkan esok. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.