PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pendirian itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT, dan perkahwinan sama jenis.
"Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam," katanay dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.
"Jakim merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu yang menyokong golongan LGBT dalam negara. Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosi LGBT," tambahnya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan