KUANTAN - Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) tidak memberi sebarang petunjuk bahawa peningkatan konsentrasi logam berat di dalam air bawah tanah adalah disebabkan operasi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).
Pengurus Besar Pematuhan Keselamatan dan Pengawalan Radiasi Lynas Prof Ismail Bahari berkata jawatankuasa itu dalam laporannya yang dikemukakan kepada kerajaan pada Disember 2018, hanya membuat cadangan untuk menjalankan penyelidikan lanjut tentang air bawah tanah di kawasan perindustrian Gebeng di sini.
"Lynas dengan kerjasama makmal-makmal yang bertauliah kini menjalankan siasatan bebas untuk menolak sebarang kemungkinan bahawa pencemaran itu disebabkan oleh operasi kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan