script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ambulans Terbabas, Dua Orang Anggota APM Maut Di Kluang


JOHOR BAHRU - Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut manakala dua lagi cedera ringan selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabas dalam hujan lebat di Kluang, dekat sini hari ini.

Seorang daripada mangsa merupakan pemandu ambulans, Mohammad Ashri Othman, 50 sementara seorang lagi ialah penumpang belakang Siti Murni Amat Khalid, 33.

Pengarah APM Johor, Kolonel Mat Zin Bujang berkata kejadian berlaku pada 3.40 petang ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada bertugas.

"Mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Kluang untuk dibedah siasat manakala mangsa cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP  Mohd Abduh Ismail yang mengesahkan kemalangan berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di muka, leher dan badan.  

"Kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Felda Kahang Timur ketika kenderaan mereka (mangsa) menuju ke Kampung Gajah, Kluang namun telah hilang kawalan dan terbabas serta melanggar tiang papan tanda di bahu sebelah kanan jalan.

"Akibat itu, kenderaan kemudiannya terbalik dan berpusing," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.