script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Sedang Memburu Suspek Terlibat Cemarkan Sg Kim Kim !


PASIR GUDANG: Polis kini sedang mengesan dan memburu suspek terlibat dan bertanggungjawab dalam kes pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di sini.

Ketua Polis Negara Fuzi Harun berkata, pasukannya mempunyai maklumat pelaku dan penahanan suspek terbabit sedang dilakukan dengan kerjasama polis Johor dan Bukit Aman.

“Polis akan jalankan siasatan terperinci terutamanya untuk kenal pasti pelaku yang lakukan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

“Kini saya sudah ada ‘some lead’ dan kita yakin usaha kenal pasti suspek terlibat sedang kita perhebatkan,” katanya dalam sidang media di Stadium Tertutup Pasir Gudang, hari ini.

Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai ciri-ciri suspek yang diburu, bimbang ia akan menganggu siasatan dan operasi polis.

“Kita mempunyai petunjuk yang agak jelas. Operasi memburu dan menjejak suspek berkaitan sedang rancak kita laksanakan. Jadi, tidak boleh ganggu operasi ini, cukup dengan apa yang saya umumkan,” katanya.

Fuzi berkata, polis menerima 76 laporan berhubung pencemaran yang berlaku di Sungai Kim Kim dan jumlahnya dijangka akan meningkat.

“Pada saat saya cakap ini sebanyak 76 laporan yang kita terima tetapi mungkin petang ini akan jadi 80 laporan polis. Saya harap orang ramai beri kerjasama, patuh pada ‘road block’ di 9 lokasi yang ditempatkan.

“Kita juga tempatkan 3 platun untuk menjaga aspek keselamatan harta benda, kita tidak benarkan juga lori berkaitan masuk ke kawasan bencana, untuk pastikan perkara sama tidak berulang dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, lebih 1,900 mangsa terjejas akibat gas toksik daripada sungai tersebut dan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarahkan tutup. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.