script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Sahkan Cinta Di Tolak Jadi Punca Pelajar Cuba Bunuh Diri


KUALA LANGAT - Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam. 

Katanya, alasan penolakkan cinta oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan lebih menyukai pelajar lelaki yang lain. 

"Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. 

"Remaja berkenaan juga  sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,"katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi. 

Jelas Azizan, berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

"Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini. 

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ," katanya. 

Terdahulu, media melaporkan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.