script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

16 Gerai Majlis Perbandaran Temerloh Di Bukit Angin Terbakar


TEMERLOH: Sebanyak 16 gerai makan milik Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di Bukit Angin di sini, yang popular dengan hidangan ikan patin musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussin, berkata dalam kejadian yang kira-kira jam 6 pagi itu, kesemua 16 kedai makan mengalami kerosakan kira-kira 60 peratus akibat kejadian itu.

“Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan segera bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada jam 6.06 minit pagi sebelum berjaya mengawal api dalam tempoh 30 minit,” katanya ketika dihubungi.

Hashnuddin berkata, gerai itu adalah milik MPT dan disewa kebanyakan peniaga yang menjalankan makanan khususnya ikan patin.



“Punca dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Turut kelihatan melawat lokasi kebakaran ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin dan Pegawai Daerah, Datuk Azlan Md Yaman.



Sementara itu, seorang mangsa, Wan Sepiah Wan Awang, 53, mendakwa mengalami kerugian sekitar RM15, 000 apabila kebanyakan barangan berniaga tidak dapat diselamatkan.



Katanya, suaminya bergegas ke lokasi jam 6.15 sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan hanya berjaya menyelamat sedikit daripada barangan di kedai selepas membuka pintu kedai.

“Ada juga peniaga lagi mengalami kerugian yang lebih besar selepas tidak berjaya membuka pintu kedai dan gagal menyelamatkan sebarang barangan niaga,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.