script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sesi Pendengaran Awam SOP Bauksit, Semua Di Jemput Hadir


KUANTAN: Warga daerah ini perlu mengambil kesempatan menghadiri sesi pendengaran awam berhubung penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan dan pengeksportan bauksit di sini yang dijadualkan pada 14 April depan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata ia bagi membolehkan mereka membangkitkan pelbagai persoalan dan mendapat maklum balas terus menerusi sesi pendengaran dianjurkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) itu.

“Warga Kuantan tentu sekali wajib mengambil peluang hadir sesi pendengaran awam pada 14 April nanti, ada pelbagai aspek (tindakan memantapkan SOP) seperti pra dan pasca perlombongan yang disebut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (Dr Xavier Jayakumar).

“Ini sesuatu perlu ditanya warga Kuantan sama ada ia membabitkan pemulihan tapak-tapak lombong yang wujud sebelum moratorium pada Januari 2016,” katanya ketika dihubungi.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas kenyataan Xavier semalam yang kementeriannya akan mengadakan sesi pendengaran awam di sini pada 14 April depan bersama pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar dan sosial, penduduk setempat serta masyarakat umum.

Notis mengenainya akan dikeluarkan KATS pada 31 Mac depan menerusi laman web, www.kats.gov.my dan media cetak.

Sesi pendengaran awam itu dianjurkan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung SOP yang bakal dikuatkuasakan sebagai satu peraturan mengikut Akta 525 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Selain itu, orang awam juga boleh mengakses serta meneliti SOP perlombongan dan pengeksportan bauksit yang sudah disediakan kerajaan menerusi lawan web KATS mulai 31 Mac ini.

Dalam pada itu, Fuziah turut menyambut baik kenyataan Xavier yang kerajaan hanya akan menarik balik moratorium perlombongan bauksit selepas semua pihak berkepentingan bersedia melaksanakan dan menguatkuasakan SOP ditetapkan.

“Saya berharap ia sedikit sebanyak meredakan kegusaran warga Kuantan berhubung kegiatan semula perlombongan dan pengeksportan bauksit di daerah ini.

“Kegusaran itu timbul susulan kenyataan menteri (Xavier) sebelum ini berhubung penamatan moratorium,” katanya.

Xavier dalam satu kenyataan media menegaskan aktiviti perlombongan di daerah ini tidak boleh terus bermula pada 1 April depan walaupun moratorium perlombongan dan pengeksportan bauksit berakhir 31 Mac ini.

Sebaliknya, ia hanya boleh dijalankan semula selepas arahan moratorium pada Januari 2016 ditarik balik seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Mineral 1994, selain semua pihak berkepentingan bersedia dan menguatkuasakan SOP bagi menjamin aktiviti perlombongan dilaksanakan secara mampan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.