script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peserta Basikal "Earth Hour" Maut Di Serang Penykit Jantung


SHAH ALAM - Seorang peserta aktiviti basikal program ‘60+ Earth Hour’ maut diserang penyakit jantung di Persiaran Datuk Bandar di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 9.50 malam, Iskandar Dzalman Yahya, 47, dikatakan rebah ketika berkayuh menyertai aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian dikatakan berlaku di Persiaran Datuk Bandar berdekatan dengan bangunan SIRIM di Seksyen 14 di sini. 

“Mangsa dikatakan tiba-tiba terjatuh dari basikalnya sebelum pasukan perubatan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan. 

"Mangsa yang dihantar ke Hospital Shah Alam di sini kemudiannya disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas Baharudin, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Terdahulu, Iskandar Dzalman dipercayai sempat memuat satu status di Facebook pada jam 8.12 pagi semalam yang memaklumkan dia akan menunaikan solat Maghrib sebelum menyertai kayuhan itu.

"Sabtu ni (hari ini tau) malam Ahad, Jom Solat Maghrib kat Masjid Al-Azahriah Seksyen 18. Lepas Maghrib (tayar golek 8pm tau)," jelasnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.