KUANTAN: Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah selepas dua kereta bertembung dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Temerloh kira-kira 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata mangsa yang maut iaitu pemandu Nissan Almera Liew Kwong Fai, 42, dan pemandu kereta Proton Iswara Hairol Asyraf Mohammad, 23.
Mangsa yang cedera pula penumpang kereta Proton Iswara, Sufi Salihin Mohd Puad Norasid, 17, dan rakannya N. Kesavan, 18. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan