SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan sebanyak 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau,13 April ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, bagaimanapun angka peratusan itu berkemungkinan meningkat seperti yang dicapai dalam PRK DUN Semenyih.
"Semenyih sebanyak 73 peratus, jadi ini akan menjadi cabaran kepada penduduk di Rantau. SPR berharap pengundi dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas proses penamaan calon PRK DUN Rantau di sini, hari ini.
Azmi berkata, beberapa aspek penambahbaikan yang telah dilaksanakan pada PRK sebelum ini akan diteruskan termasuk menambah 11 saluran baharu di pusat mengundi yang mempunyai ramai pengundi iaitu daripada 44 saluran kepada 55 saluran.
"Pengundi berumur 60 tahun ke atas akan diwujudkan dua saluran, tambahan waktu mengundi selama 30 minit iaitu daripada pukul 8 pagi hingga 5.30 petang berbanding pukul 8 pagi hingga 5 petang sebelum ini," katanya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan