script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Agong Zahir Rasa Simpati Kepada Mangsa Pencemaran Kimia


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor dan mendoakan mereka kembali pulih.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka memandang serius insiden tersebut dan berharap mangsa yang menjalani rawatan saringan awal di Medic Base, Stadium Tertutup Pasir Gudang berupaya menjalani proses pemeriksaan dengan baik.

“Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih dan menyokong tindakan segera yang telah diambil oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Jabatan Bomba dan Penyelamat serta jabatan lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Sultan Abdullah turut memohon rakyat Malaysia mendoakan keadaan pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang tidak akan mengakibatkan keadaan yang lebih memudaratkan kepada penduduk setempat.

Sehingga tengah malam tadi, 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, menjadikan jumlah mereka yang masih dirawat di hospital seramai 371 orang.

Setakat 3 petang semalam, seramai 4,035 mangsa menerima rawatan berikutan pencemaran yang berlaku sejak 7 Mac. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.