script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Skuad Tok Gajah Benam Felda United Di Stadium Tun Razak !


MARAN - Skuad Tok Gajah menewaskan Felda United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini.

Pelawat berpeluang menjaringkan gol awal pada minit ke-14 namun rembatan kencang Mohamad Safuwan Baharuddin dari luar kotak penalti sedikit melewati palang gol.

Peluang kedua Tok Gajah hadir dua minit kemudian namun rembatan Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazri sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu gol lawan.

Tuan rumah turut berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-22 namun penjaga gol pelawat, Mohd. Helmi Eliza Elias bertindak cemerlang menangkap kemas rembatan Jasazrin Jamaludin.

Tok Gajah akhirnya berjaya mendapat gol pertama menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-45 apabila tendangannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.

Bersambung babak kedua, tuan rumah melakukan asakan awal dan Thiago Aquino berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-48 apabila menanduk masuk hantaran Mohd. Hadin Azman.

Pelawat yang dahagakan kemenangan terus rancak menyerang ke kubu lawan dan mereka sekali lagi mendahului apabila Jose Eduardo atau Ze Love berjaya menjaringkan gol kedua menerusi tendangan penalti pada minit ke-63.

Mohamad Faisal Abdul Halim yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Muhamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang skuad Tok Gajah apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan dan Pahang kini terikat 17 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Takzim yang mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kedah semalam.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.