script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guru Di Dakwa Lakukan Amang Seksual Dan Cabul Tiga Murid !


TELUK INTAN - Seorang guru bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 110 tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual dan mencabul kehormatan tiga murid lelaki sebuah sekolah di sini sejak tujuh tahun lalu. 

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh, Mohamad Shafie Abdul Rani, 51, mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua muridnya itu dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Mohamad Shafie didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap dua murid berusia 11 tahun di tiga lokasi berbeza di sekolah itu antara Mei 2018 hingga Januari 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang boleh dihukum penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan melakukan keganasan jenayah dengan niat mencabul seorang murid yang kini berusia 18 tahun.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail dan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Hafizah Muhd. Ariff manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amir Kusyairi Mohammad Tanusi.

Amir Kusyairi dalam rayuan terhadap anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan alasan tertuduh bakal digantung kerja selain menyara seorang isteri dan dua anak.

Hakim Norita dan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria masing-masing tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.