KUANTAN: Seorang lelaki maut setelah dilanggar anak pemilik kebun pisang dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada insiden kecurian pisang di Kampung Paya Lang, Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan (foto) berkata lelaki berumur 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Triang, Bera pada pukul 3.00 pagi.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai dilanggar oleh anak pemilik kebun berkenaan yang datang ke kebun pada pukul 2.00 pagi selepas dimaklumkan oleh pekerjanya terdapat tiga lelaki menceroboh. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan