script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tembakan Rambang Masjid, Seorang Rakyat Malaysia Cedera !


KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand hari ini.

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

"Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada pukul 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) hari ini.

"Suruhanjaya Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa.

"Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di sebuah hospital," menurut tweet itu.

Difahamkan rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden itu dikenali Mohd. Tarmizi Shuib.

Mangsa bersama isterinya dikenali Marina dan dua anaknya turut berada berdekatan kawasan kejadian.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyebut, mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya telah dihubungi.


Butiran mangsa belum dikeluarkan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi juga meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau mwwellington@kln.gov.my.

Menurut laporan, polis di New Zealand telah mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

"Seorang telah ditahan, bagaimanapun polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain.... Ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahkan fakta ini*," kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.