KUALA LUMPUR: Pelakon Wafa Abdul Kadir, 52, yang menghidap kanser ovari meninggal dunia di rumahnya di Petaling jaya, Selangor, awal pagi ini.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Hafiz Nafiah dalam kenyataan hari ini berkata pelakon era 1990-an itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1 pagi selepas hampir lima tahun bertarung dengan kanser.
“Allahyarham disahkan menghidap kanser ovari tahun 2014 dan pada 2015, beliau menjalani pembedahan membuang seluruh organ wanita (ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum iaitu lapisan yang menutupi perut)," katanya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan