script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bela Pekebun Durian Raub, Perikatan Nasional Gesa Supaya DAP Tinggalkan Kerajaan Perpaduan Di Pahang

 

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang menggesa DAP supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan negeri sekiranya parti itu berhasrat untuk terus berkonfrontasi dengan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan.

Gesaan itu disuarakan oleh Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah, susulan tindakan berterusan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang membela pekebun haram durian di tanah kerajaan negeri di Raub.

"Sikap ini menunjukkan wakil rakyat dan pimpinan DAP bersikap songsang dan mengelirukan rakyat... songsang ini kerana mereka secara jelas bersama dengan pihak yang melanggar undang-undang.

"Manakala mereka mengelirukan rakyat kerana kita tertanya-tanya, apa sebenarnya yang DAP nak buat di Pahang ini... nak memperjuangkan hak rakyat atau membela mereka yang tidak patuh kepada undang-undang," kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Indera Mahkota.

Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN dan PAS Indera Mahkota yang diadakan di Beserah, hari ini.

Turut hadir, ADUN Beserah merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu yang senada dengan Saifuddin dalam mengkritik Chow.

"Perkara ini memang menghairankan kami... kalau dia rasa nak lawan kerajaan, keluarlah kerajaan dan memang kita alu-alukan DAP keluar daripada kerajaan Pahang.

"Sepatutnya, dia sebagai ahli parlimen faham bahawa tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas adalah kesalahan yang besar dan tidak boleh ditutup atau dibiarkan sahaja," kata Andansura.

Pemimpin PAS itu turut menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Chow memandangkan beberapa laporan polis telah dibuat, selepas insiden Chow bersama pekebun didakwa menceroboh cuba menghalang penguat kuasa daripada menebang pokok durian di Raub. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.