script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perdana Menteri Umum MB Pahang Sebagai Penasihat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

KUANTAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Penasihat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu ketika berucap pada sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Pahang di Pantai Batu Hitam di Beserah, di sini malam tadi.

Anwar berkata, Wan Rosdy akan membantunya untuk menyantui dan memartabat usahawan bumiputera di seluruh negara.

"Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sangat baik. Gunakan peluang itu, jawatan ini tidak ada elaun.

"Kita bagi dia (Wan Rosdy) kemudahan dengan bebas menjelajah seluruh negara. Semangat orang Pahang luar biasa," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat terutama dengan menaikkan gaji penjawat awam dan menyalurkan bantuan kewangan.

"Setiap bulan kita menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberi manfaatkan kepada sembilan juta orang," katanya.

Pada sambutan itu, yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Wan Rosdy; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bertemakan "Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara", sambutan Aidilfitri MADANI itu tidak sekadar mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kesatuan dalam kepelbagaian.

Malah, ia turut menjadi wadah meraikan kemajmukan budaya Malaysia dalam memperkukuh nilai keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.

Pada majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Datuk M Nasir, Mawi,Nadeera Zaini, Hael Husaini dan Daiyan Trisha. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.