script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Final Piala Malaysia: Skuad Tok Gajah Sedikit Tempang Tanpa Kpah Sherman Berdepan JDT Pada 24 April Ini

KUANTAN: Aksi final Piala Malaysia yang dijadualkan pada 26 April ini dijangka sedikit tempang buat Sri Pahang apabila pasukan itu tidak dapat menurunkan barisan terbaik mereka untuk menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penyerang utama Tok Gajah, Kpah Sherman, disahkan tidak dapat beraksi selepas rayuan kelab kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan pemain itu ditolak.

Menurut pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh, FAM telah memaklumkan bahawa Sherman perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

“Sebenarnya kita dah buat rayuan, tapi memang kita gagal dan kita dah dapat surat daripada FAM yang mengatakan Kpah digantung perlawanan,” kata Dollah ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ketiadaan Sherman, yang merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 11 gol setakat ini, menjadi satu tamparan hebat buat Sri Pahang.

Tambahan pula, skuad Tok Gajah turut kehilangan pemain sayap lincah, Manuel Hidalgo, yang tidak dibenarkan beraksi kerana statusnya sebagai pemain pinjaman daripada JDT.

Namun begitu, Dollah masih mengekalkan keyakinan terhadap potensi pemain-pemain lain untuk menggalas cabaran besar dalam misi menamatkan dominasi Harimau Selatan.

Dia turut meluahkan kepercayaan terhadap perancangan taktikal ketua jurulatih Fandi Ahmad, yang menurutnya mampu membawa dimensi berbeza dalam usaha memberi saingan sengit kepada skuad kendalian Hector Bidoglio.

Sri Pahang, yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali, kini dalam misi memburu kejuaraan kelima dan bakal turun sebagai 'underdog' menentang pasukan paling konsisten dalam saingan domestik. #StadiumAstro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.