script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Operasi Penguatkuasaan Tebang 200 Pokok Durian, SAMKA Dakwa Kerajaan Pahang Langgar Perintah Mahkamah

RAUB: Sekumpulan pekebun durian yang terlibat dalam pertikaian tanah dengan kerajaan Pahang mendakwa pihak kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King.

Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) Chow Yu Hui berkata anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah serta polis telah masuk ke kebun durian di Sungai Klau, Raub sekitar jam 11 pagi semalam untuk menebang pokok-pokok berkenaan.

“Apabila pekebun kembali untuk memeriksa kebun sekitar jam tiga petang, mereka dapati kebanyakan pokok durian Musang King yang ditebang berusia antara 30 hingga 40 tahun – hasil titik peluh berdekad lamanya.

“Pasukan penguat kuasa datang tanpa sebarang notis awal dan terus menebang pokok-pokok tersebut, menyebabkan kesukaran yang amat besar kepada para pekebun,” kata ahli Parlimen Raub itu dalam kenyataan semalam.

Chow mendakwa tindakan tersebut melanggar perintah Mahkamah Rayuan yang dikeluarkan pada 28 Mei tahun lalu, yang melarang sebarang perobohan struktur atau penebangan pokok durian di tanah yang terlibat dalam pertikaian sementara perbicaraan sedang berjalan, kecuali dengan kebenaran mahkamah.

“Kami akan memulakan tindakan undang-undang untuk memastikan kerajaan negeri bertanggungjawab, menuntut pampasan atas kerosakan, dan mempertahankan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail untuk mendapatkan respons berhubung dakwaan ini.

Sementara itu, Chow menyeru pihak berkuasa agar menghentikan penebangan pokok durian dan menghormati perintah mahkamah, sambil menegaskan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan pagi sema;am boleh dianggap menghina mahkamah.

Dia juga menggesa kerajaan supaya menangani isu tersebut secara lebih berperikemanusiaan melalui dialog terbuka, bukannya melalui “pengusiran secara kejam”.

Kontroversi Durian Raub

Kerajaan Pahang sedang melaksanakan skim pengesahan pendudukan tanah untuk pekebun durian yang didakwa menceroboh tanah secara haram di negeri itu, dengan menawarkan pemajakan tanah tersebut kepada Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP).

Para pekebun pula mendakwa mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk memohon hak milik tanah dan lesen daripada pihak berkuasa, walaupun telah dijanjikan tanah tersebut sejak tahun 1970-an di bawah Skim Penempatan Semula Keselamatan bagi menangani ancaman Komunis.

Sebaliknya, mereka mendakwa kini dipaksa menandatangani kontrak yang tidak adil dengan RPDR-PKPP. Syarikat tersebut menafikan dakwaan itu.

Tahun lalu, seramai 204 pekebun durian Raub memfailkan semakan kehakiman terhadap skim pengesahan pendudukan tanah kerajaan Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan tersebut dan mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ini bukan kali pertama SAMKA menuduh kerajaan negeri melanggar perintah mahkamah.

Pada September tahun lalu, mereka mendakwa pihak berkuasa telah membakar dan merobohkan struktur yang digunakan untuk menempatkan pekerja dan peralatan ladang. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Ketika itu, Datuk Seri Zulkifli Yaacob menyangkal dakwaan itu sebagai tidak berasas. #MalaysiaKini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.