script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Musang King Raub: Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

KUANTAN: Kerajaan Pahang disaran membawa semua penceroboh tanah haram kebun durian musang king ke mahkamah tanpa perlu melayan sebarang bentuk rundingan daripada pihak itu.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pihak yang bersekongkol dengan penceroboh juga wajar dikenakan tindakan setimpal mengikut lunas undang-undang.

Menurutnya, perkara ini sudah terlalu lama dan sepatutnya mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.

"Saya hairan, sehingga ke hari ini tiada seorang pun penceroboh dan pegawai berkaitan diambil tindakan undang-undang terhadap isu ini.

"Kenapa tiada sesiapa yang didakwa? Saya berharap agar semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan bukan hanya penceroboh semata-mata.

"Pencerobohan tidak akan berlaku jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak yang berkepentingan," katanya pada Selasa.

Mohd Shukri menambah, kerajaan Pahang perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu ini.

Jelasnya, jika tidak, penceroboh akan terus menduduki tanah tersebut walaupun pokok-pokok balak telah ditebang.

"Amat tidak masuk akal, penceroboh pula yang berani mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pahang bagi membatalkan notis pengosongan terhadap tanah yang mereka sendiri ceroboh.

“Meskipun kerajaan negeri telah memenangi kes ini hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, penceroboh masih bebas menjalankan aktiviti dan mengaut hasil durian sesuka hati tanpa sebarang rasa bersalah,” katanya.

Beliau berkata, lebih mengejutkan, mereka dengan berani menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan wujudnya pihak yang melindungi mereka.

"Sebab itulah mereka begitu berani bangkit melawan dan kononnya mempertahankan hak mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.