script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Hadir Ke Rumah Terbuka Dr Akmal Saleh Di Merlimau

JASIN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemarkan duli menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Merlimau, di sini malam tadi.

Keberangkatan baginda di Dataran Orang Kampung Merlimau itu disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Dr Muhamad Akmal serta tetamu kenamaan lain.

Yang turut hadir pada majlis rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ibrahim Durum serta EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin.

Tengku Hassanal turut berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Lebih 40,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan.

Majlis berkonsepkan santai itu membolehkan tetamu mengambil kesempatan menjamu selera di atas padang beralaskan tikar.

Lebih 20 jenis juadah disediakan untuk tetamu termasuk ketupat, rendang, lemang, sate, mi goreng serta kuih-muih. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.