script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP)

RAUB: Tiada kejadian rusuhan melibatkan pekebun durian dan pegawai Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP) yang disekat ketika melalui jalan di kawasan Pekan Klau seperti yang tular dalam Facebook.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, bagaimanapun perjalanan pasukan penguatkuasa semalam tersekat oleh sekumpulan pekebun-pekebun yang diketuai Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.

“Semasa kejadian lebih kurang 50 orang telah bertindak menghalang laluan jalan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan tidak puas hati mereka kerana memusnahkan tanaman pokok durian secara haram yang disyaki ditanam kira-kira 30 tahun lalu.

“Pihak polis Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 7 telah berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini

Hari ini tular rakaman video dalam Facebook Penduduk Raub Bentong yang mendakwa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan UPNP kena sekat dengan penduduk Sungai Klau.

Menurutnya, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat di dalam mana-mana himpunan bantahan operasi pemusnahan tanaman pokok haram di daerah Raub serta menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berkenaan permohonan semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah oleh pekebun durian musang king di daerah Raub pada Julai tahun lalu,” katanya.

Sementara itu Yu Hui dalam kenyataan berkata, semasa kejadian semalam pekebun yang berkumpul berdekatan Dataran Sungai Klau bagi mendengar taklimat oleh Save Musang King Alliance (SAMKA) secara kebetulan bertembung dengan pasukan UPNP.

Susulan itu katanya, beliau bersama Pengerusi SAMKA, Wilson Chang segera berbincang bagi meminta agar operasi penguatkuasaan dihentikan.

“Sepanjang proses perundingan suasana di lokasi kekal tenang dan tiada insiden kekecohan berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, selepas itu dia bersama kumpulan penduduk telah pergi ke lokasi penguatkuasaan di Bukit Klau untuk sekali lagi berbincang bagi menuntut operasi dihentikan. #KOSMO! 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.