script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Liga Super: Skuad Sri Pahang FC Kenduri Gol Apabila Membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 6-0 Malam tadi

KUALA LUMPUR: Skuad Sri Pahang FC berpesta gol apabila membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 6-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.

Pesta gol Sri Pahang bermula pada minit ke-37 menerusi tendangan deras Sergio Fabian Aguero ketika situasi kelam-kabut dalam kotak penalti pasukan pelawat.

Skuad kendalian Fandi Ahmad berjaya meraih satu lagi gol pada penghujung babak pertama menerusi Aleksandar Cvetkovic yang menyambut sepakan sudut Aguero.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah terus mengamuk menerusi gol ketiga T. Saravanan pada minit ke-59 sebelum Aguero meledak jaringan kedua peribadi selang lapan minit kemudian.

Bagai jatuh ditimpa tangga, skuad Sang Kenari terus dirundung malang apabila pemain pertahanannya, Muhammad Safwan Shuhaimi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-76.

Pemain import, Stefano Brundo melengkapkan malam bergaya Sri Pahang apabila sepakan kencangnya membolosi gawang KDA FC pada minit ke-83.

Keputusan itu menyaksikan Pahang naik ke tangga kesembilan liga dengan mengumpul 23 mata manakala kekalahan ke-11 KDA FC mengekalkan kedudukan pasukan dari utara itu di tangga ketiga tercorot dengan 20 mata.

Terdahulu jaringan tunggal pertahanan Sabah FC, Dominic Tan sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan ke-11 buat skuad Sang Badak yang menang tipis 1-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sabah kini naik satu anak tangga untuk berada di kedukan ketiga liga dengan mengumpul 39 mata manakala PDRM kekal di tangga kelapan menerusi 24 mata. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.