script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seorang Lelaki Maut Dan Dua Lagi Cedera Insiden Pergaduhan Antara Jiran Tetangga Di Felda Jengka Dua Maran

MARAN: Suasana hari raya dikejutkan dengan insiden pergaduhan antara jiran tetangga di Felda Jengka 2 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, seorang lelaki maut dan dua lagi cedera dalam tragedi yang berlaku pukul 10 pagi itu.

Suspek, Hasdi Abdul, 57, dikatakan menggunakan sebilah pisau ketika mengamuk secara tiba-tiba dan menikam dua orang mangsa.

“Akibat serangan itu, kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah ibu saudara dan anak saudara itu mengalami kecederaan akibat tikaman di perut.

“Pihak polis menerima laporan pada pukul 10.15 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian pergaduhan di rumah bernombor 213, Felda Jengka 2.

“Suspek kemudian ditemukan dengan kesan dan kebiruan pada kedua-dua mata serta dalam keadaan kaki dan tangan terikat oleh penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas apabila menyerang dua individu dengan senjata tajam sehingga mencederakan mangsa.

Jelas Kim Wai, mangsa pertama, Salma Mustapha, 52, mengalami kesan tikaman sedalam tiga sentimeter di bahagian perut selain luka pada tangan kanan dan dagu.

Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dan kini dilaporkan stabil.

Manakala mangsa kedua, Mohammad Syahmil Iqbal Mohd. Samsuri,16, mengalami kecederaan di paha kanan akibat tikaman dan telah dibenarkan discaj.

Tambah Kim Wai, polis ketika ke lokasi mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan kebiruan pada mata selain tangannya terikat.

Suspek disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Jengka.

“Mayat suspek kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) untuk tujuan bedah siasat pada Isnin.

“Polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergelutan dengan suspek. Kesemua mereka akan direman esok (hari ini) bagi membantu siasatan lanjut berhubung punca kematian lelaki berkenaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.

Sehubungan itu, polis mengingatkan semua pihak agar tidak menviralkan gambar berkaitan kejadian berkenaan kerana dibimbangi menggangu siastan polis. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.