script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Direman, Terbabit Kes 'Counter Setting' di KLIA1 Dan KLIA2

KUANTAN: Mahkamah Majistret Kuantan hari ini membenarkan permohonan reman terhadap tiga anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai terbabit dalam sindiket membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.

Permohonan reman selama tujuh hari itu dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang susulan penahanan suspek terbabit di sekitar Kuala Lumpur; Nilai di Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Johor, semalam.

Perintah tahanan reman dua anggota lelaki dan seorang wanita itu dikeluarkan majistret Nor Izzati Zakaria.

Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 40-an itu dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket yang terbabit dalam aktiviti berkenaan antara 2021 hingga 2024.

"Mereka yang bertugas di pintu masuk utama negara dipercayai meraih jutaan ringgit hasil aktiviti haram itu, selain mengagihkan wang rasuah kepada anggota lain.

"Suspek juga menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi counter setting di KLIA 1 dan 2 sepanjang tempoh tersebut," kata kenyataan dikeluarkan SPRM Pahang.

Turut dirampas ketika operasi menahan suspek adalah sejumlah barang kemas, dan wang tunai. Beberapa akaun milik suspek juga sedang disiasat.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.