script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti 'Manipulasi' Isu Ladang Durian, Usah Kelirukan Rakyat

KUANTAN: Penasihat gerakan Save Musang King Alliance (SAMKA), Chow Yu Hui, perlu berhenti "mengelirukan rakyat" dalam hal berkaitan tindakan kerajaan Pahang menebang pokok durian ditanam secara haram di Sungai Klau, dekat Raub, Pahang, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaludin, berkata sebagai ahli parlimen yang juga wakil kerajaan perpaduan, tindakan Chow itu dilihat bersifat hipokrit dan manipulasi politik semata-mata.

"DAP janganlah menjadi api dalam sekam dan hormatilah undang-undang yang sudah diputuskan mahkamah.

"Wakil kerajaan Pahang pun sudah maklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan itu dilakukan mengikut aturan dan tanah berkenaan milik kerajaan negeri.

"Sebab itu dia tidak perlulah terus mengelirukan rakyat dalam perkara ini yang sudah jelas bahawa penanam durian itu menceroboh tanah milik kerajaan negeri," katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Jasri yang juga ADUN Kuala Sentul berkata, kenyataan dibuat Chow dalam hal itu adalah satu lagi episod hipokrasi DAP yang kononnya membela rakyat, namun secara tidak langsung memecah-belahkan pentadbiran kerajaan negeri.

Semalam, Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin, dilaporkan berkata tiada sebarang pelanggaran perintah mahkamah berlaku ketika proses penguatkuasaan dijalankan di lokasi terbabit.

"Permohonan semakan kehakiman oleh pihak yang meneroka tanah tersebut telah ditolak Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan penangguhan dengan menyatakan bahawa prosedur permohonan tidak mengikut peruntukan Seksyen 43 Akta Mahkamah Kehakiman 1964," katanya.

Jasri berkata tanah diteroka secara haram oleh kumpulan pekebun durian terbabit adalah milik sah kerajaan Pahang dan sebarang tindakan mengusir penceroboh serta memulihkan kawasan tersebut adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984.

"Sebagai pembangkang yang konstruktif, saya tetap komited untuk menegur kelemahan pentadbiran kerajaan, namun dalam hal ini, tindakan penguatkuasaan wajar disokong kerana ia selari dengan prinsip keadilan, kedaulatan tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang perlu dijaga demi generasi akan datang," jelasnya.

Dia turut mencadangkan agar DAP meninggalkan kerajaan perpaduan jika tidak bersetuju dengan tindakan diambil Pahang terhadap pekebun durian berkenaan.

Pada masa sama Jasri berkata dia hairan kerana DAP kini bersikap seperti pembangkang di Pahang.

"Jika DAP benar-benar tidak bersetuju dengan dasar kerajaan negeri yang dijalankan mengikut lunas undang-undang, maka mereka sewajarnya berani dan bermaruah untuk berundur daripada kerajaan, bukan menabur persepsi buruk demi kelangsungan politik sempit," ujarnya. #MalaysiakKini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.