script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tindakan Tebang Kira-Kira 200 Pokok Musang King, Kerajaan Pahang Tidak Langgar Perintah Mahkamah

KUANTAN: Tindakan menebang kira-kira 200 pokok durian musang king dalam operasi penguatkuasaan di Raub pada Selasa, tidak melanggar sebarang perintah mahkamah.

Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin berkata, dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang mendakwa kerajaan Pahang bertindak bertentangan dengan keputusan mahkamah adalah tidak berasas.

“Permohonan mereka sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

"Oleh itu, tanah tersebut secara sah adalah milik kerajaan negeri dan terpulang sepenuhnya kepada kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, pihak yang menduduki tanah itu secara haram tidak boleh menuntut sebarang hak ke atasnya.

Tegasnya, kerajaan Pahang berhak mengambil langkah sewajarnya untuk menangani pencerobohan itu.

"Kita tidak mempunyai halangan, jika pihak terbabit mahu membawa perkara ini ke mahkamah. Kita sentiasa bersedia,” jelasnya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan dakwaan sekumpulan pekebun durian yang mendakwa kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila bertindak menebang pokok musang king di kebun mereka.

Penasihat SAMKA, Chow Yu Hui dalam kenyataannya memaklumkan bahawa anggota Unit Penguatkuasa Negeri bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan polis memasuki kebun durian di Sungai Klau, Raub sekitar jam 11 pagi semalam untuk melaksanakan operasi penebangan.#SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.