script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Utamakan Aspek Keselamatan Terutamanya Ketika Di Jalan Raya

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa menekankan aspek keselamatan terutamanya ketika di jalan raya.

Baginda bertitah aspek keselamatan dan sikap berhati-hati mampu membantu pengguna jalan raya daripada terlibat dengan sebarang kejadian tidak diingini.

“Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan setiap penunggang motosikal agar sentiasa memakai topi keledar dan memiliki lesen kenderaan sah,” menurut hantaran dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, di kediaman mereka di Kampung Seri Chempaka, di sini semalam.

Muhammad Hazeem Hazimi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat parah di kepala, selepas motosikalnya terbabas kerana terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh di Kuantan, pada Jumaat. #MalaysiaKini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.