script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Musang King Raub: PAS Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

KUANTAN: PAS Pahang hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam isu penerokaan tanah kerajaan untuk ditanam pokok musang king di Raub.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Rosli Abdul Jabar, berkata apa yang berlaku itu bukan melibatkan sekumpulan petani kecil seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, kat Rosli, kegiatan penanaman berkenaan merupakan suatu jenayah terancang yang melibatkan tanas seluas beribu-ribu ekar.

"Bayangkan jika anda memiliki sebidang tanah, kemudian seseorang datang, merampas dan mengusahakannya selama 40 tahun, dan kini ada pula pihak ketiga yang menandatangani petisyen meminta agar perampas itu dibenarkan terus merampas harta anda.

"Adakah ini adil? Adakah ini yang dipanggil keadilan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur berkata Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984 jelas mengatakan bahawa pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan melakukan kesalahan serius.

Tindakan itu, tambahnya, membolehkan pelaku dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM500,000.

Namun, kata Rosli, tindakan kumpulan Save Musang King Alliance (Samka) mengumpul sekitar 400 tandatangan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa agar operasi penebangan pokok durian itu dihentikan menunjukkan mereka seolah-olah menganggap undang-undang tidak wujud.

"Seperti kumbang yang mendekati api, mereka yang menandatangani petisyen ini sedang bermain dengan kedaulatan undang-undang," katanya.

Kata Rosli siasatan perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa pihak yang terlibat melindungi atau bersubahat dengan kegiatan pencerobohan berkenaan selama puluhan tahun.

"Kami menuntut agar sebuah RCI dibentuk dengan segera untuk menyiasat bagaimana kegiatan pencerobohan berskala besar ini dapat berlangsung selama 40 tahun tanpa tindakan.

"Semua pihak yang terlibat - daripada penceroboh hingga pegawai-pegawai yang berkompromi - harus ditahan, disiasat dan didakwa tanpa kompromi kerana inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang dan menghormati titah Sultan Pahang," katanya. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.