script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu kebun Durian Musang King Haram, MUDA Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja (RCI)

KUANTAN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pahang mengesyorkan agar Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan ekoran isu pencerobohan haram tanah kerajaan oleh pekebun durian di negeri ini.

Pemangku Pengerusinya, Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata, RCI itu juga dapat menyiasat dalang yang membiarkan isu tersebut berlarutan selama puluhan tahun.

"Kami menyambut baik titah Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertegas terhadap pencerobohan haram tanah kerajaan yang berleluasa.

"Hal ini bertepatan dengan polemik pertikaian kebun durian haram di Raub, Pahang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menegaskan, siasatan tersebut berasas kerana ia bukan hanya isu perundangan, tetapi turut melibatkan keadilan sosial, integriti pentadbiran, dan kelestarian masa depan negeri.

Jelasnya, polemik terbabit melibatkan ratusan hektar tanah kerajaan, ribuan rakyat yang terkesan akibat pencemaran alam sekitar, serta kedaulatan integriti pentadbiran negeri.

"Pencerobohan ini bukan berlaku semalam atau tahun lepas, tetapi telah berlanjutan selama puluhan tahun. Ia merugikan jutaan ringgit hasil negeri serta menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Penceroboh dan dalang mesti diadili, manakala integriti pentadbiran perlu ditegakkan," tambahnya. #SinarHarian


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.