script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Musang King: Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

KUANTAN: Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit.

Malah, semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir dengan para penceroboh juga wajar dikenakan hukuman biar pun mereka sudah bersara daripada perkhidmatan awam mahu pun politik.

Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini.

Menurut Shukri, benda dan terlalu lama berlaku dan sepatutnya mereka yang terlibat sudah didakwa di mahkamah.

"Saya hairan, hingga ke hari ini tidak ada seorang pun penceroboh dan pegawai berkaitan yang diambil tindakan undang-undang. Sedangkan pihak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada satu kenyataan pada Julai 2021 mendakwa pihaknya telah melengkapkan 80 peratus kertas siasatan.

"SPRM juga telah memanggil beberapa orang penceroboh dan mendapatkan maklumat teurs dari pejabat tanah dan hutan Raub. Rakyat tertanya-tanya selepas empat tahun apakah hasil siasatan tersebut. Kenapa tiada sesiapa yang didakwa?", kata Shukri.

Justeru, beliau berharap agar semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan bukan hanya penceroboh semata-mata.

Katanya, pencerobohan tidak akan berlaku jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak yang berkempentingan. Tambahnya, mana mungkin ketika pokok balak ditebang dan kawasan hutan simpan seluas 4,400 hektar itu dijarah tidak ada seorang pun pegawai di pejabat tanah dan hutan Raub mengetahuinya.

"Tanam pokok durian musang king perlu ambil masa yang lama untuk membesar, bukan tiba-tiba boleh  berbuah. Mereka sudah kaut hasil ratusan juta dan selama ini isu ini didiamkan begitu sahaja. Maka sudah pasti ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan hasil bersekongkol dengan pencerobohan haram," dakwa beliau lagi.

Kerajaan Pahang perlu lebih tegas menangani isu ini, jika tidak sudah pasti penceroboh akan terus berada di atas tanah itu biar pun pokok-pokok sudah ditebang.

Menurutnya, amatlah tidak masuk dek akal bilamana penceroboh pula yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pahang untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang mereka ceroboh.

Biar pun Kerajaan Pahang sudah menang sehingga ke Mahkamah Rayuan, namun penceroboh bebas melakukan kerja dan mengambil hasil mahsul durian sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah. 

Malah mereka dengan berani pula menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan. Maka itu, sudah pastilah ada pihak yang melindungi penceroboh ini sebenarnya. Sebab itulah mereka berani bangkit melawan, pertahankan hak mereka kononnya, dakwa Shukri. #PahangDaily


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.