script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Kebun Durian Musang King: Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi SAMKA Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KUANTAN: Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan pembebasan dua individu berkenaan yang ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, petang semalam.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, Yahaya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di sini memaklumkan sebaik kertas siasatan lengkap pihaknya akan menyerahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibebaskan pada 11.30 pagi tadi dan Chang berkata, mereka memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan berlangsung.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.