script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Arahan Larangan Kibarkan Bendera Pada Kenderaan, Terbukti SPR Serta PDRM Itu Adalah Parti Komponen Dan Alat Politik BN Sebenarnya !!

Nampaknya arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di DUN Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN". Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu. Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi. "Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit. "Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi. "Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan. "Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya. Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. "Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa PRU dan PRK sahaja," katanya. Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit yang sah.

[Semakin hari semakin punah dan rosak dibuatnya SPR ini. Mereka jelas tidak mempunyai kredibiliti untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini sebenarnya. Arahan yang tidak logik dan masuk dek akal jelas sekali menggambarkan serta mengesahkan bahawa mereka adalah salah satu parti komponen BN itu sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah, kita tidak hairan bila arahan bangang seperti ini dikeluarkan bagi menghalang penyokong parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk berkempen serta menaikkan semangat perjuangan mereka. Jika inilah arahan yang dikeluarkan oleh SPR dan pihak PDRM maka ternyata mereka rela terus menjadi alat UMNO BN buat selamanya. Anehnya, lambang 1Malaysia yang dicipta PM Najib dibenarkan pula, sedangkan ia jelas sekali bertentangan dengan peraturan dan undang-undang pilihanraya itu sendiri. Apalah lagi yang diharapkan dengan senario terbaru ini. Hanya rakyat di DUN Tenang sahaja sekarang yang boleh memastikan keegoaan mereka tercalar. Selamat mengundi semua warga Tenang. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].
Share:

7 ulasan:

  1. UMNO TAKUT DENGAN BAYANG BAYANG!!!

    BalasPadam
  2. PR pula takut dengan BEBAYANG!!

    BalasPadam
  3. bayang-bayang kekalahan dah nampak pada UMNO. Bebayang kemenangan cerah di Tenang. Bawa bertenang....!!

    BalasPadam
  4. Dengan Bendera pon mereka takut...tak ada telur umngok....

    BalasPadam
  5. Biasanya. Dulu masa UMNO/BN kuat, semuanya boleh. Tapi sekarang dah nak reput, semuanya tak boleh. Benci betul dengan orang2 yang hipokrit nie.

    BalasPadam
  6. Tak sangka suami calon PAS (cikgu Normala) itu seorang penipu dan pendusta besar. Minta cuti berpuluh hari kononnya sakit, tapi ternyata membantu kempen isterinya. Apa punya menusia penipu dia ni. Nampak saja alim pada luar namun hakikatnya dia seorang pembohong besar! Benda putih yang lekat pada kepala tu baik buka buat pengelap kaki!

    BalasPadam
  7. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.