script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tenang: Walau Pun UMNO BN Guna Pelbagai Cara Untuk Jatuhkan Kreadibiliti Calon PAS Namun Ia Tidak Jejas Sokongan Rakyat Kepada Cikgu Mala !!

LABIS 28 Jan [11.45 pm] - Walaupun UMNO BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.Dewan Undangan Negeri Johor. "Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah. Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar. "Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya. Anwar berkata demikian di Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis. Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain.

[Dalam ketika media arus perdana yang semakin berselera memaparkan berita berat sebelah kepada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, nyata sekali ia tidak melunturkan para pejuang Pakatan Rakyat sebenarnya. Malah, kekuatan Cikgu Normala kian terserlah sekarang disaat calon BN rupanya berhadapan dengan satu skandal penyelewengan yang melibatkan rakyat di kawasan DUN Tenang itu sendiri. Maka itu, diharapkan sokongan rakyat kepada calon PAS itu akan bertambah. Malahan, jika tidak menang sekali pun ia diharap akan menjadi pemangkin kepada perjuangan yang lebih besar selepas ini. Kagum juga melihat Cikgu Mala yang begitu bertungkus lumus untuk berjuang membela rakyat walau pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu].

Share:

5 ulasan:

  1. ko x yah nak tipu lah bro... aku nie org segamat...

    ko nak kelentong pembacaya x ada kat situ ok lah..

    tp aku kat situ... aku dtg sekejap a tgk cam ner aura ANUwar.

    Ramai2 yang dtg mmg nampak cm org JHR.... tp bila berkata2 antara mereka apsal bunyi mcm org pantai timur?

    apa punya auta punya PR....
    FITNAH jer memanjang. Pastu pandai2 nak kona baring nak tuduh org len yg fitnah. chit

    BalasPadam
  2. hoi segamatrle..kepala totok umno kau tu dah ketinggalan zaman la woi..kalu ko ingat orang lain bodoh guyup macam ko...ko silap besar...bab fitnah..memang la mangkuk2 umno yg duk fitnah tak kan mengaku..dah memang semulajadi set2 ko dah..so bila orag yg sebati dgn fitnh tuduh orang lain yg fitnah..memang dah tahap iq rendah tahap gaban!!ko kata umno ni pembela Islam.tapi bila pelakon porno member ko dari MCA terang2 hina ISLAM..alahai jadi pengecut tahp bapuk..nak marah pun takut..tegur pun alahai cam cabut bulu hidung...aku rasa korang memang penakut dgn pelakon porno lee...bab ajaran ISLAM pun dah hina cam tu..wat tak tau jee!!ciss pejuang ISLAM konon..pergi terjun dalam tasik le!!!

    BalasPadam
  3. Wahai saudara2ku berpijaklah dibumi yg nyata. Jangan tulis apa2 yg kita tak tahu ujung-pangkalnya...ianya akan menjadi dosa, berfikiranlah secara positif.Segala yg baik itu dari ALLAH SWT. dan yg buruk adalah disebabkan oleh kita yg lemah ini.

    BalasPadam
  4. Wahai saudara2ku berpijaklah dibumi yg nyata. Jangan tulis apa2 yg kita tak tahu ujung-pangkalnya...ianya akan menjadi dosa, berfikiranlah secara positif.Segala yg baik itu dari ALLAH SWT. dan yg buruk adalah disebabkan oleh kita yg lemah ini.

    Saturday, January 29, 2011 10:53:00 AM

    Sepatutnya begini:
    Wahai orang2 yang tak sokong tiga serangkai PAS/PKR/DAP (PPD), jangan tulis apa2 yang tak puji dan tak sokong PPD kerana itu satu dosa. Berfikiranlah secara positif. Ingatlah bahawa yang benar dan bagus itu hanya datang daripada PPD dan yang buruk dan dusta itu semua datang daripada BN!

    BalasPadam
  5. Tak sangka suami calon PAS (cikgu Normala) itu seorang penipu dan pendusta besar. Minta cuti berpuluh hari kononnya sakit, tapi ternyata membantu kempen isterinya. Apa punya menusia penipu dia ni. Nampak saja alim pada luar namun hakikatnya dia seorang pembohong besar! Benda putih yang lekat pada kepala tu baik buka buat pengelap kaki!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.