script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen Padang Serai "N.Gobalakrishnan" Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!

Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perlantikan R.Surendran sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya N.Gobalakrisnan (foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2010 lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya.

[Soalnya sekarang apakah Gobala akan menjadi Ahli Parlimen Bebas seperti rakan-rakan Wakil Rakyat PKR yang lain sebelum ini. Atau mungkinkah dia akan menyertai Parti KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim itu agaknya. Tambahan pula, kelibatnya dapat dilihat ketika majlis pelancaran KITA pada 19 Januari yang lalu. Kini, seorang demi seorang pemimpin utama PKR mengambil keputusan meninggalkan parti itu. Mahu disalahkan 100% kepada mereka yang keluar itu, tidak patut juga kerana ramai yang tahu apakah masalah yang berlaku dalam PKR ketika proses pemilihan PKR 2010 lalu. Semua ini menurut mereka melibatkan campurtangan pihak atasan parti yang mahu memastikan "cai-cai" mereka dimenangkan bagi membentuk kepimpinan baru PKR untuk tiga tahun yang akan datang. Kini mungkin ramai lagi yang akan berbuat demikian sebenarnya, cuma mereka masih menunggu masa dan ketika untuk bertindak demikian. Apapun, semoga mereka berjaya dengan haluan baru masing-masing. Perjuangan membela rakyat boleh diteruskan dalam apa jua cara sekali pun. Apa yang penting ialah niat yang jujur untuk melakukan perubahan. Itu yang lebih penting].
Share:

11 ulasan:

  1. selamat tinggal gopi...kalau pertahan DSAI kerana nak balasan jawatan..x payah la...x ikhlas berjuang...KALAU BAGI JAWATAN naib presiden pun PDO boleh jamin ke dia x jadi mcm zul kulim & sewaktu dgnnya...PDO dah lupakah gopi ni dulu presiden kelab penyokong PAS..kalau dia betul2 ikhlas dia boleh berjuang dlm PAS..boleh jadi calon mcm calon india di johor semasa pru12 dulu..MASALAH TERBESARNYA adalah mengkritik membuta tuli mengatakan DSAI anti hindu roboh kuil pulak di bkt gasing...isu tu tanyale kjaan negeri SELANGOR ..yg dok bantai DSAO buat ape...ridicilous..apa2 pun bye2 gopi

    BalasPadam
  2. Faktanya ialah memang ada sesuatu yang 'amat teruk' berlaku dalam PKR. kalau tidak masakan satu demi satu 'orang kuat' keluar tinggalkan PKR. Nak kata nama2 seperti Zahrin, Zaid, Zul (dekadar menyebut beberapa nama) lebih bacul berbanding kita, atau kita lebih bijak dan arif berbanding mereka, lagilah tak betul.

    Sampai bila nak melalak melolong dan berkokok untuk canangkan bahawa anwar, Wan Zizah atau Azmin itu adalah yang terbaik?

    Huh buat orang loya nak muntah!

    BalasPadam
  3. cepat2 lah keluar kalo nak keluar...

    bosan dah dengan sandiwara politik nie...

    nak ber'TENANG' pun susah.

    BalasPadam
  4. salam untuk DSAI,
    Kebelakangan ini pelbagai masalah yang melanda PKR.
    Namun saya rasa DSAI lebih tahu kedudukan sebenarnya. Namun harus diingat bahawa tegaknya parti kerana pemimpin, tegaknya pemimpin kerana dokongan ahli khasnya dan rakyat umumnya.
    Ahli parti dan rakyat umpama akar pokok dan parti umpama pokok manakala dedaunnya adalah pemimpin. Kalau tercabut akar tumbanglah pokok itu beserta dedaunnya sekali.
    Ingatlah bukan senang hendak menegakkan pokok yang telah tumbang. Seandainya masalah dalaman PKR berterusan dan tidak ditangani dengan segera akan memberikan kesan kepada bukan saja kpd PKR malahan PAS dan DAP terpalit juga. Jangankan Putrajaya..negeri pun belum tentu dalam PRU 13. Akhirnya cita2 akan tinggal angan2 saja. Renung2 kanlah.

    BalasPadam
  5. Bukan ini gopala ada kes mahkamah yg dia boleh hilang kelayakan MP ka. Tak kan PDO tak tau...
    Bagus juga time nak dekat PRU13 ni biar ada lagi yg keluar kerana ini proses pemutihan dan tapisan. Contoh apa itu, zul kulim, zahrain, fairuz akan jadi MP ka agak2 lps PRU nanti jadi calon BN...sorry la..sekadar tinggal kenangan ja nanti...untuk diri depa..sendri.

    UtuhMamai

    BalasPadam
  6. Keberanian menghadapi provokasi polis N.Gobalakrisnan selaku Ahli Parlimen Padang Serai memang tidak dinafikan.

    Tapi sebagai pejuang tulen bukan berdasarkan kepada keberanian saja tapi memerlukan idea kreatif dari otak yang fokas kepada kepentingan ahli dan parti yang dianggotainya.

    Berdiri sebagai ahli parlimen bukan bererti ketrampilan itu melambangkan kehebatannya sebagai wakil rakyat. Tapi cadangan dan tindakannya atas kepentingan rakyat yang akan dinilaikan sebagai wakil rakyat.

    Kenapa pemimpin tertinggi parti PKR tidak meletakkan N.Gobalakrisn dibarisan pemimpin parti, itu kita tidak tahu.

    Tapi mata-mata berada disekeliling N.Gobalakrisnan sentiasa memerhatikan setiap gerak gerinya. Sama ada mereka yang memerhatikan N.Gobalakrisnan itu orang baik atau orang jahat juga kita tidak ketahui.

    N.Gobalakrisnan dikatakan sudah dirasuk oleh hantu dari Barisan Nasional. Waktu siang dia berkelakuan seperti ahli PKR, bila tiba waktu malam kelakuannya berubah menjadi agen BN. Tapi sehingga kini tiada bukti mengatakan bahawa N.Gobalakrisnan memang telah dirasuk oleh hantu BN.

    Cuma perangai N.Gobalakrisnan agak pelik sebelum dia meletakkan semua jawatannya yang mana kita melihat N.Gobalakrisnan terpekik terlolong mengutuk Datuk Seri Anuar dengan isu yang tiada kaitan sepenuhya dengan Datuk Seri Anuar.

    Kita memang sedih pemergian N.Gobalakrisnan dari parti PKR, kerana kita telah kehilangan seorang pemimpin India yang gila kuasa.

    Sikap gila kuasa ini sebenarnya boleh memberi inspirasi kepada orang lain khususnya Azmin Ali untuk bekerja keras bagi menawan kerajaan pusat di Putra jaya.

    BalasPadam
  7. Datang dan pergi seorang pemimpin politik adalah lumrah. Mereka ada citarasa sendiri dan mereka juga ada agenda yang tersembunyi demi kelangungan kerjaya mereka sebagai orang politik.

    N.Gobalakrisnan sama seperti pemimpin politik yang lain, ada baiknya dan juga ada buruknya.

    Pada yang suka akan menceritakan yang baik-baik saja tapi yang benci akan mengeluarkan pekara yang buruk dan jahat saja.

    Sepenjang kerjaya politik N.Gobalakrisnan dalam PKR apakah sumbangan atau jasanya untuk parti itu...?

    BalasPadam
  8. Kalau letak jawatan dlm PKR...! Sepatutnya jawatan Ahli Parlimen pun kena letak..! Alhamdulillah...duri dlm daging tercabut dgn sendiri..!
    Kes mahkamah pun dah dekat? SB pun licik dan semakin licik sejak jadi pecacai UMNO..! Musuh ketat Samy Vellu pulu dah tiada dlm MIC..! Oleh itu aku ucapkan Selamat Jalan..!

    BalasPadam
  9. Sepenjang kerjaya politik N.Gobalakrisnan dalam PKR apakah sumbangan atau jasanya untuk parti itu...?

    Saturday, January 29, 2011 4:28:00 PM

    Sepenjang kerjaya politik DSAI dalam PKR apakah sumbangan atau jasanya untuk parti itu...?

    BalasPadam
  10. Mulanya aku memang hormat juga Gobala ni kerana berani,tapi lama kelamaan aku tengok berani dia tu lain macam je,berani yg tak bertempat ,degil dan tidak mendatangkan kebaikan kepada imeg parti.Kemudiannya di tambah lagi dengan bila aku dengar cerita dari seorang kawan bagaimana beliau sudah kena kencing dek gobala,aku dah tak ingin nak senyum pada dia bila bertemu di mana-mana.

    BalasPadam
  11. Mulanya aku memang hormat juga jat DSAI kerana orang kata dia ni seorang 'insan akademik yang bertaqwa', bijak berpidato dan mcam2 lagi yang molek2. Tetapi lama kelamaan aku dia ni lain macam je.. Dan yang pasti skrang dia seorang pembohong yang tersohor di abad ini.

    Dan sampai saat ini aku masih minat (teramat minat) kat DSAI. Ye la aku minat dia mcam aku minat tengok gelagat si pengemis kat kaki lima yang mcam kadang memaksa sangat nak minta seringgit dua. Itu ja.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.