script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon BN DUN Luit Minta Rakyat Berwaspada Dengan "Serangan" Fitnah !


MARAN: Calon BN bagi kerusi DUN N.24 Luit, Nurhidayah Shahaimi meminta para rakyat terutamanya para pengundi berwaspada denngan tindakan pihak-pihak tertentu yang akan mula menyebarkan fitnah bagi memburuk-burukkan peribadi beliau menjelang hari pengundian PRU14 ini.

Beliau berkata, isu yang sama muncul beberapa hari sebelum pengundian dan ia disebarkan menerusi media sosial, terutamanya WhatsApp dan Facebook.

"Saya berjaya hadapi segala fitnah yang dilontarkan pada PRU13 lalu, biar pun serangan demi serangan dilakukan oleh pihak terbabit. Justeru kali ini saya lebih bersedia dan mahu para pengundi di DUN Luit berwaspada. Usah percaya terhadapa firnah dan tohmahan liar yang mahu melihat saya kalah kali ini", kata beliau.

Difahamkan, akibat tindakan tersebut Nurhidayah hampir tersungkur di DUN Luit pada PRU13 lalu. Beliau hanya menang dengan majoriti 401 undi menewaskan calon PAS, M.Shahrul Nizam Abdul Haliff dan calon bebas, Khairul Nizam Abdul Majid.

Sementara itu, Nurhidayah optimis beliau akan dapat mempertahankan kerusi DUN Luit berdasarkan kepada pertembungan tiga penjuru dengan calon PAS dan Pakatan Harapan pada PRU13 ini. 

"Kekuatan agak seimbang, tapu undi lawan berpecah.. maka harapan untuk menang agak cerah. Namun, saya tetap menjalankan kerja menyantuni rakyat macam biasa dan tidak mahu terlalu yakin. Apa saja boleh berlaku di saat akhir. Saya lebih berjaga-jaga dengan masalah dalaman dari isu pihak lawan", katanya. #PDO
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.