script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Zulkifly: Misi Besar, Tawan DUN Tanjung Lumpur & Teruntum


KUANTAN: Merampas tiga kerusi iaitu Parlimen Kuantan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur dan Teruntum menjadi misi besar bagi calon Barisan Nasional (BN).

Parlimen Kuantan dimenangi oleh PKR sejak dua penggal lalu manakala DUN Tanjung Lumpur dan Teruntum sejak PRU-13 dan DUN Inderapura perlu dipertahankan BN.

Calon DUN Tanjung Lumpur, Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad, berkata kepercayaan yang diberi kepimpinan tertinggi akan dibalas dengan kejayaan buat BN.

"Sebaik pengesahan calon BN di Parlimen Kuantan serta DUN Tanjung Lumpur, Teruntum dan Inderapura, ia adalah amanah dan tanggungjawab untuk menawan hati pengundi.

"Kita tidak boleh bergembira kerana tugas yang bakal dilalui sepanjang tempoh berkempen lebih mencabar untuk memastikan kemenangan BN," katanya ketika ditemui di perkarangan pusat pencalonan di perkarangan ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini, hari ini.

Beliau yang bertanding buat kali kedua di DUN Tanjung Lumpur akan menentang penyandang yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Sabrina Md Yusof (PKR).

Calon BN bagi Parlimen Kuantan ialah Datuk Andrew Wong manakala Ketua Wanita MCA Kuantan, Tee Choon Ser (DUN Teruntum) dan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif akan mempertahankan DUN Inderapura.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya sudah menggerakkan jentera parti untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

"Kita harap semua calon PAS yang bertanding pada PRU kali ini boleh menang. Ini kerana harapan kami untuk memerintah negeri Pahang.

"Ia diharap menjadi kenyataan dengan sokongan daripada rakyat di negeri ini," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.