script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Insentif "Bukti" Kerajaan Prihatin Nasib Yang Di Alami Pesawah Padi


PEKAN: Kesukaran untuk memperoleh pendapatan, sementara menunggu hasil tuaian yang dialami pesawah di daerah Pekan, Rompin, Kuantan, Maran, dan Jerantut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi pesawah berkenaan pemberian itu disambut dengan penuh kesyukuran terutama dalam keadaan kenaikan kos sara hidup pada masa ini.

Seorang pesawah dari Pahang Tua, Pekan, Kasim Idris, 65, berkata, walaupun bantuan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi pesawah ia sudah cukup untuk melambangkan keprihatinan kerajaan kepada mereka.

"Wang yang diterima ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pendapatan padi nanti boleh dijadikan persediaan memulakan projek tanaman padi pada musim akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Pesawah Padi peringkat negeri Pahang di padang Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya di sini hari ini yang disempurnakan oleh Najib yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan.

Pada majlis itu, pesawah dari lima kampung di Pekan, Rompin, Kuantan, Maran dan Jerantut menerima Bantuan Khas Pesawah Padi berjumlah sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.4 juta.

Sementara itu pesawah dari Kampung Serun, Pekan, Abdullah Ahmad, 58, berkata sebahagian tanaman padi seluas kira-kira empat hektar yang diusahakan musnah pada kejadian banjir tahun lepas telah menyebabkan dia kerugian lebih RM3,000.

"Bantuan wang bantuan bencana sebanyak RM1,300 yang turut disumbangkang oleh perdana menteri ini menunjukkan kerajaan peka dengan keluh kesah kami rakyat di luar bandar yang bergantung hidup dengan bercucuk tanam ini.

Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban akibat kerugian yang ditanggung apatah lagi tiga daripada sembilan orang anak saya masih bersekolah dan memerlukan simpanan pendidikan yang mencukupi," katanya.

Pesawah dari Kampung Serandu, Mohd Jamal Isa, 47, turut terharu dengan usaha yang dilakukan kerajaan.

"Hanya mereka yang bergantung pendapatan pada hasil sawah yang memahami betapa peritnya hidup apabila hasil tanaman mereka musnah akibat bencana."

Itu tidak kira serangan haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang emas yang berlaku setiap musim telah merosakkan harapan petani untuk memperoleh pendapatan yang lebih selesa," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.