script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa UMNO BN menjelaskan sebab di sebalik tindakan parti itu menganjurkan jualan murah barang keperluan hanya sewaktu tempoh pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, Jualan Sentuhan Rakyat yang dianjurkan parti itu sebenarnya mempersendakan rakyat.

“Kenapa semua barangan tidak dijual dengan harga mampu beli sewaktu BN memerintah? 

“Situasi ini perlu diterangkan, lebih-lebih lagi apabila program anjuran BN seperti Jualan Sentuhan Rakyat boleh menjual barangan asas dengan harga teramat murah sempena kempen PRU14.

“Saya merasai kejelikan rakyat terhadap pimpinan BN, yang kerap kali mempersendakan dan menafikan keluhan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu membuat kenyataan itu selepas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan yang Jualan Sentuhan Rakyat itu akan dibawa ke Sarawak selepas ia mendapat sambutan di Sabah dan Semenanjung.

Jualan itu menyaksikan daging lembu segar yang dijual pada harga RM10 sekilogram sehingga RM20 berbanding harga pasaran sekitar RM30 dan beras 10 kilogram daripada RM10 sekampit kepada RM22 sekampit berbanding harga pasaran RM26.

“Menghampiri PRU14, sekali lagi janji manis ditabur BN untuk mengaburi kesusahan rakyat selama 5 tahun di bawah pentadbiran kerajaan BN terdahulu. 

“Menteri yang diberikan kuasa gagal mengawal dan menurunkan harga barang supaya rakyat menikmati kehidupan harian yang lebih selesa,” kata Nurul Izzah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.