script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun M Umum Cuti Tambahan Dua Hari, Jika Pakatan Menang PRU14


PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan memberikan dua hari cuti tambahan percuma sekiranya gabungan parti mereka berjaya membentuk kerajaan.

Mahathir berkata, selain cuti umum yang diberikan pada hari Rabu sebagai hari mengundi, dua hari lagi cuti iaitu pada Khamis dan Jumaat akan diberikan menjadikan jumlah cuti selama lima hari termasuk cuti hujung minggu.


“Saya yakin yang bertanding akan bekerja keras dan menjadi lemah letih kerana bekerja kuat. Sebab itu PH bila dirikan kerajaan akan berikan cuti pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat," katanya yang disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada majlis Taklimat Calon-calon Pakatan Harapan di Auditorium MPSJ, petang tadi.

Katanya, walaupun beliau seorang yang tak suka cuti namun beliau tahu ramai yang suka cuti.

“Negara kita dah terlalu banyak cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, pemimpin Pakatan Harapan mesti bekerja keras kerana mereka perlu mendapatkan pengesahan Yang di-Pertuan Agong sejurus kemenangan itu.

“Kita telah menang jadi kita perlu pilih perdana menteri dan perdana menteri perlu memilih kabinetnya. Bermakna kita perlu kerja keras, kita tak mahu tunggu lama-lama,” katanya.

Beliau berkata, sementara rakyat dapat lima hari cuti, yang menang perlu bekerja keras untuk mendirikan kerajaan baru dan agihkan jawatan dan sanggup kerja di masa orang lain cuti.

“Itulah kualiti yang akan diperkenalkan. Kita akan rajin kerja lebih daripada rakyat supaya rakyat boleh hidup lebih sempurna,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.